Jumaat, 11 Ogos 2017

Rancangan Ted Talks dan Buku Ted Talks - The Official Ted Guide To Public Speaking

Assalamualaikum, hai korang...

Sebenarnya saya baru balik dari menghadiri rumah terbuka. Iya, rumah terbuka. Baru lepas makan, mengantuk tapi bersemangat nak taip pasal Ted Talks.

Pernah dengar pasal Rancangan Ted Talks?

Video kat bawah ini adalah salah satu daripada Rancangan Ted Talks yang saya suka.

Menangis weh...menyentuh hati dan sanubari (ok, saya bukan drama queen) 

Saya rasa semua guru, perlu tengok video ini

Saya tak ingat macammana saya boleh terklik nak tengok Ted Talks ketika kali pertama. Hurmmm, mungkin sebab saya minat tajuk pendidikan kot

Ted Talks ini sangat menarik. Pengucapan awam.

Berdiri kat tengah-tengah

Suasana dewan yang gelap dan sunyi

Hanya ada lampu spotlight di suluh kepada yang memberi talk

Serius, kalau saya, memang menggigil habis haha!!

Selain hal-hal pendidikan, saya suka Rancangan Ted Talks ini sebab kisah-kisah yang diceritakan itu dekat dengan kita sebagai manusia.

Contohnya macam video kat bawah ini:

 
Dari segi percakapannya, kedengaran agak nervous tapi isinya ada. Iyelah kan, semua orang dalam dewan tumpu pada dia sahaja (kalau saya, mahu pengsan wooo!!) . Boleh dengar sendiri cerita daripada mulut model. Terkejut!

Ada banyak video daripada Rancangan Ted Talks yang menjadi kesukaan saya. Tapi yang saya tepek kat sini ialah 2 video ini sahaja. Best!

Minggu lepas, masa di MPH, saya ternampak buku ini Ted Talks - The Official Ted Guide To Public Speaking. Buku ini di tulis oleh Chris Anderson.

Buku Ted Talks - The Official Ted Guide To Public Speaking ini masuk carta antara buku terlaris.

Saya pun belilah sebuah. Kalau tak beli, saya akan rasa menyesal. Eh, boleh pulak macam tu haha!!


Harganya? Ehmmm, ilmu di dalamnya lebih penting.

Buku Ted Talks - The Official Ted Guide To Public Speaking ini masih dalam plastik. 

Kalau ada masa, saya akan kongsikan isi di dalamnya.

p/s: bila dah nak pencen ni, tak layan dah novel-novel ahaks..

3 ulasan:

  1. krg lps opis sy nk tgk ;-)

    BalasPadam
  2. p/s br sempat nk menjengah ni

    BalasPadam
  3. Tak penah tahu pasal vid ni kalau lawak sepahtu tahu la ��

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...