Sabtu, 31 Disember 2016

Selamat Tinggal 2016

Image result for 2017
Sorry korang, lama tidak mencatat apa-apa kat sini. Sebab sibuk. Okeh, itu alasan biasa. Huhu

Hurmm, sebenarnya bukan alasan itu pun, lebih kepada mood yang tak menentu, nak-nak lagi bila menjelang tahun 2017 niMungkin ini akan menjadi artikel terakhir di tahun ini. Wallahualam.

So, macam mana dengan tahun 2016 korang? Mesti berwarna-warnikan? Mestilah ada suka dan duka. Takkan suka je memanjang, ye tak?

Semuanya ada ups and downs. Ada turun dan naiknya. Tulis blog ini pun sama. Kadang-kadang datang anginnya, mencurah-curah idea. Kadang-kadang, tepu, beku kepala hotak haha!!

Selama bercuti dari menulis ini pun ada orang datang membaca ye. Macam tak percaya je ahaks!! Iyelah kan, blog ini bukanlah blog retis gitu. Terima kasih banyak-banyak! 

Semoga artikel-artikel sebelum-sebelum ini memberi manfaat kepada korang. Kalau korang suka baca Alhamdulillah. Kalau korang menyampah pun Alhamdulillah jugak. Tiada orang yang sempurna.

Terima kasih atas komen-komen yang datang meninggalkan jejak kasih hehe. Maaf kalau ada komen yang tak berbalas, mungkin terlepas pandang.

Tahun depan, In Syaa Allah, kalau korang nak buat giveaway atau yang seumpama dengannya, saya akan pertimbangkan untuk menaja hadiah.

So, guys, wish you all the best! May Allah bless us all!!

Jumaat, 23 Disember 2016

Jar of Hearts Christina Perri


Jom layan lagu Christina Perri - Jar of Hearts. Kord gitar yang boleh dikatakan agak mudah.

Klik sini untuk kord gitar.

Rabu, 21 Disember 2016

Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam) Tahun 2017

Image result for yayasan terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan Ulamak Rabbani yang pakar dalam agama Islam dan kehidupan serta memiliki sahsiah dan keilmuan yang tinggi yang boleh disamatarafkan atau melebihi kesahsiahan dan keilmuan tokoh-tokoh Islam ternama Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Dr. Muhammad Said Al-Buti, Dr. Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti dan ramai lagi yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri Terengganu akan menjalankan program pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab sebagai kaedah melahirkan ilmuan Islam yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab) dan ia merupakan program perintis (pilot-project) dan yang pertama di Malaysia. 

Pelajar yang mengikuti program ini akan memperoleh Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains dan agama dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana serta PhD dalam bidang pengajian Islam di universiti yang terpilih.

Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia keutamaan kepada anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (softskill) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana berikut:

Syarat-syarat kemasukan:

Selasa, 20 Disember 2016

Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang

Sebelum keluar dari Galeri P.Ramlee, boleh baca di sini, saya sempat bertanyakan pada pakcik penjaga Galeri P.Ramlee di situ, ada tak tempat menarik di sekitarnya.

Menurut pakcik itu, ada sebuah pasar karat dekat-dekat situ. Jadi, saya pun singgahlah di pasar karat. Setelah Google, nama pasar karat itu ialah Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang

Sebenarnya, saya tak tahu apakah yang dinamakan pasar karat. Bagaimana rupa pasar karat itu. Haha!! (Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang ini memang tak de langsung dalam list saya ke Pulau Pinang. Ini memang main terjah je nih)

Bila tengok gerai jual buah ni, oh! pasar karat ialah pasar malam!!

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
 Suka bau buah-buahan, wangi je hehe

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
Ini mungkin definisi lebih tepat mengenai pasar karat, jual barang-barang lama. Wang kertas lama, CD lama, setem lama.

Ahad, 18 Disember 2016

AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment


Pagi ini, oppss, tengahari ini, rasa nak join segmen. Jadi, jumpalah segmen ini (di atas).


Tarikh mula : 17/12/2016
Tarikh tamat: 23/12/2016

Jom ramai-ramai kita join ^__^

Klik banner untuk join!

Khamis, 15 Disember 2016

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

28/10/2016 (Jumaat) (Edit)

Selepas bersarapan pagi di Stesen Bas KOMTAR, Pulau Pinang, boleh baca entri di sini

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang
keadaan stesen bas KOMTAR

Saya pun memutuskan untuk ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Seperti yang ditulis dalam entri sebelum ini, boleh baca di sini dan sini percutian ini tidaklah dirancang dengan rapi. Jadi semua tempat yang diterjah adalah ibarat 'tiba-tiba muncul' dalam kepala, dan kaki pun mengikut sahaja.

Jadi, jalan-jalan ke Rumah P.Ramlee Pulau Pinang dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang ini tiba-tiba muncul di kepala lepas bersarapan haha!!

Tidak sukar sebenarnya nak ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang nih, tanya je dekat orang sekeliling, diorang boleh jawab naik bas nombor berapa. 

Boleh naik bas  206 untuk ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee. Tiket berharga RM1.40. Tetapi saya bayar RM2.00 sebab saya tiada duit syiling. Ini satu perkara yang tak best kalau naik bas berbayar di Pulau Pinang. Duit baki takkan dipulangkan tau. Jadi, kena sentiasa sediakan duit syiling. Huhu

Saya ingatkan Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee ni jauh dari Stesen Bas KOMTAR, rupa-rupanya dekat sahaja. Dalam 15 minit je dah sampai.

So, saya sampai awal. Jam 8.15 pagi macam tu. Rumah P.Ramlee buka jam 9.00 pagi. Saya pun duduk lepak kat gerai makan berhadapan Rumah P.RamleeDuduk saja-saja sambil baca surat khabar.

Tepat jam 9.00 pagi, saya masuk ke Rumah P.Ramlee Pulau Pinang.

Jom layan gambar:

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee kecil dan sweet je. Penuh dengan memori P.Ramlee.

Isnin, 12 Disember 2016

Peluang Pengajian Tinggi Di Jepun Dengan Tajaan Yayasan Pelajaran MARA

Image result for yayasan pelajaran mara


Yayasan Pelajaran MARA mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk mengikuti kursus intensif Bahasa Jepun "Selangkah Lagi Ke Jepun 2017" sebelum dipertimbangkan untuk tawaran biasiswa pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Jepun untuk Sesi Akademik 2017/2022.

Syarat dan Kelayakan Minima
  • Terbuka kepada pelajar Bumiputera
  • Berdasarkan Keputusan Percubaan SPM 2016 seperti berikut:
  1. Matematik 
  2. Matematik Tambahan
  3. Fizik
  4. Kimia
  5. Bahasa Melayu
  6. Semua subjek tersebut pencapaian minima A

Cara Memohon:

Tarikh tutup: 
31 Disember 2016

Pemohon boleh menyemak status panggilan temuduga selepas 13 Januari 2017 di laman web http://www.mjhep.edu.my

Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan lanjut:

Alamat: 
Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Malaysia-Japan Higher Education Program (MJHEP), No.19-G, Jalan TPS 1/5, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor. 

Telefon: +603-8723 4044/1563/2616/3039
Fax: +603-8723 3053 
(Bahagian Hal Ehwal Akademik)

Sumber: Berita Harian

Jumaat, 9 Disember 2016

Ekspedisi Bukit Laka - Program Lepas PT3

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka,Program Lepas PT3
Pemandangan dari atas Bukit Laka

Tahu tak Bukit Laka kat mana?

Sebenarnya saya pun tak tahu kat mana sehinggalah saya menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini huhu...

Ekspedisi Bukit Laka ini adalah sebahagian daripada Program Lepas PT3 sekolah saya.

Pada mulanya saya memang tak bercadang nak menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini. Iyalah, dah tua tak larat nak panjat-panjat bukit nih. Lepas tu, saya dah lama tak berekspedisi seperti ini. Seingat saya, kali terakhir saya memanjat bukit ialah masa zaman universiti dulu.

Tapi, disebabkan kekurangan guru perempuan, maka saya pun sertailah. Saya, Kak Ina (senior) dan Ina (junior) haaaa.

Saya: Kak, saya nak naik kereta, akak dan Ina nak join tak?
K.Ina: Eh, ko nak naik kereta? Kitarang nak jalan kaki.
Saya: Erk, korang jalan ek? Ok,lah saya jalan jugak (sebenarnya memang tak terpikir dalam sanubari, saya nak berjalan kaki ke Bukit Laka. Tapi memandangkan Kak Ina yang lebih senior jalan kaki, takkanlah saya nak naik kereta kan? Malu lah weh!!)

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Agihan makanan dan minuman untuk sarapan pagi

Dari sekolah, nak sampai ke basement ini pun sangat jauh bagi saya. Berjalan kaki okeh, bukan naik kenderaan.

Saya: Kak, akak nak naik ke?
K.Ina: Iyelah Rin.
Saya: Ina?
Ina: Naik jugak kak.
Saya: Erk, oklah, saya naik. (Takkan semua orang naik, saya tak naik kan? Nak-nak lagi kak Ina yang lebih senior naik Bukit Laka. Malu wehhh!!)

Selasa, 6 Disember 2016

Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa Ambilan Febuari 2017

Image result for utm space


1. Permohonan bermula: 07/11/2016 - 31/12/2016

2. Senarai program yang ditawarkan:
  1. Sarjana Muda Ukur Bahan
  2. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  3. Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer)
  4. Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)
  5. Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah)
  6. Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
  7. Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)
  8. Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
  9. Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
  10. Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)
  11. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia)
  12. Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)
  13. Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum)
  14. Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan)
  15. Sarjana Muda Sains (Kimia Industri)
  16. Sarjana Muda Sains (Matematik Industri)
Permohonan kemasukan klik sini

Maklumat lanjut:


Telefon: 
  • UTMSPACE Johor Bahru 07-521 2000
  • Kampus UTMSPACE Pulau Pinang 04-642 2140
  • Kampus UTMSPACE Kuala Lumpur 03-2772 2500
  • Kampus UTMSPACE Kuching 082-275 666
Emel: enquiry@utmspace.edu.my

sumber: Berita Harian

Sabtu, 3 Disember 2016

Sarapan Pagi di Stesen Bas KOMTAR Penang


Ingat tak cerita huru-hara saya mendapatkan tiket pergi ke Penang? Boleh klik sini dan sini

Bila dah selamat sampai di Stesen Bas Butterworth, naik feri bayar RM2.50 kalau tak silap. Terminal Feri Butterworth dengan Stesen Bas Butterworth dekat-dekat situ je

Sediakan duit syiling. Kalau takde duit syiling, boleh tukar kat situ. Pagi-pagi buta senaman kaki. Jauh giler saya rasa nak ke tempat berlepasnya feri, dengan backpack pulak tu.

Sampai di Terminal Feri Georgetown. Perjalanan dari Terminal Feri Butterworth ke Terminal Feri Georgetown adalah lebih kurang 15 minit sahaja. Masa tu gerimis. Perut lapar. 

So, saya fikir baik ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) untuk sarapan pagi dan juga lepak-lepak untuk habiskan waktu.

Sebelah Terminal Feri Georgetown, ada stesen bas. Naiklah bas CAT (bas free) turun di KOMTAR

Inilah tempat saya bersarapan:

Khamis, 1 Disember 2016

Hadiah Kepada Top Komentator 2016 - Emas Public Gold


Siti Hazreen
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764

emas, public gold, emas public gold, top komen

Emas keluaran Public Gold 24 karat gred 999 0.5g (edisi terhad)

Okeh, dah masuk bulan Disember. Kejap saja kan? Pejam celik, pejam celik dah hujung tahun. Tahun depan 2017 pulak

Macam mana keadaan ekonomi Malaysia tahun depan? Atau, lebih tepat kalau tanya, "macam mana keadaan poket kita tahun depan?"

Jadi, seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, boleh klik sini saya nak hadiahkan kepada seorang top komentator 2016 di blog ini dengan emas Public Gold 24 karat bersamaan gred 999 seberat 0.5g edisi terhad (fuhhhh siapa baca dengan satu nafas memang hebat) haha!!

Entri yang diambil kira untuk di komen ialah semua entri yang ditulis pada tahun 2016. Kalau tahun lain, ia tak dikira dalam sistem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...