Sabtu, 7 Mac 2015

Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2015

jpa, permohonan, program, kejuruteraan, jepun, korea, perancis, jerman, 2015

Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2015 adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2014 ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman bagi mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

Syarat permohonan:
Syarat Umum:
  • Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi tahun peralihan) dan
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit-penyakit kritikal seperti hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus:
Sekurang-kurangnya mendapat gred A- dalam 8 matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Sejarah
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
d) Bahasa Inggeris
e) Fizik
f) Kimia
g) Matematik
h) Matematik Tambahan dan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana satu matapelajaran selain dari senarai di atas.

Permohonan online disini
Maklumat lanjut disini

Tarikh tutup: 10 Mac 2015

4 ulasan:

  1. tak leh nak gi jepun sana.

    bini tak bagi.

    BalasPadam
  2. Lepasan spm 2014 saje ke...yg da tua2 ni xdpt eh..hehehe

    Salam singgah...;))

    BalasPadam
  3. Peluang yang sangat bagus bagi yang pandai memanafaatkannya. Sambil belajar sambil melancong dengan peluang yang di berikan.

    BalasPadam
  4. perkongsian yg mmbantu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...