Rabu, 24 September 2014

Tawaran Biasiswa Pendidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2014

tawaran biasiswa, biasiswa pendidikan, biasiswa, lembaga minyak sawit, minyak sawit

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan EMPAT biasiswa untuk Ijazah Doktor Falsafah di mana-mana universiti di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (USA), Australia atau New Zealand yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sesi pengajian 2014/2015.

Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia
  • Telah mendapat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia atau New Zealand bagi pengajian penyelidikan sepenuh masa.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, sekurang-kurangnya TOEFL 580 atau IELTS 6.0
  • Pemohon perlulah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan M.Sc yang baik dalam bidang-bidang yang disenaraikan.
  • Projek penyelidikan hendaklah berkaitan dengan industri sawit dan produk sawit serta memberi manfaat kepada MPOB dan industri sawit negara.
  • Umur pada tarikh kemasukan tidak melebihi 35 tahun.
  • Berkeupayaan tinggi untuk menamatkan pengajian dalam jangkamasa 3 tahun.
Bidang Tajaan:
1. Human Nutrition of Structured Triglycerides
2. Epigenetics
3. Sustainability
4. Mechanisation
5. Conversion of Biomass to Fine Chemicals

Kontrak:
Calon-calon yang berjaya akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan MPOB.

Jumlah Pembiayaan:
Jumlah pembiayaan merangkumi semua kos pengajian dan sara hidup untuk SEORANG pelajar di UK, USA, Australia atau New Zealand.

Cara Memohon:
Borang permohonan boleh diperolehi dan dimuat turun dari Laman Web MPOB di http://www.mpob.gov.my
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertai dengan:
  • a. Cadangan penyelidikan (Research Proposal)
  • b. Salinan sijil akademik dan transkrip peperiksaan (SPM, STPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan /atau M.Sc) yang telah disahkan.
  • c. Surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi di UK, USA, Australia atau New Zealand.
  • d. Lain-lain sijil/ dokumen sokongan
Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat di bawah tidak lewat dari 10 November 2014. Sila tulis di sebelah kiri atas sampul surat perkataan 'Permohonan Biasiswa Pendidikan MPOB'

Ketua Pengarah MPOB
No.6, Persiaran Institusi
Bandar Baru Bangi
43 000 Kajang
Selangor
(u.p: Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan)
Telefon: 03-8769 4567 / 03-8769 4868

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga pada Disember 2014. Calon-calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya.

 sumber: Berita Harian

2 ulasan:

  1. wah, xpernah tahu tentang kewujudan biasiswa ni...
    tapi bagus la..
    hehehee

    BalasPadam
  2. sekarang ni memang banyak biasiswa ditawarkan. Elok grab awal-awal

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...