Rabu, 20 Ogos 2014

Tawaran Biasiswa IPTA Yayasan Tenaga Nasional (Pengambilan September 2014)


Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di IPTA untuk kemasukan pada sesi September 2014.


Bidang Pengajian
Ijazah Sarjana Muda: 1. Kejuruteraan Elektrik (kuasa)
                                   2. Kejuruteraan Mekanikal
                                   3. Kejuruteraan Awam
                                   4. Perakaunan

Syarat Am dan Kelayakan:
  • Lulus STPM 2013 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50 atau
  • Lulus Diploma/Matrikulasi/Asasi 2014 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2014
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
  • Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2014 yang telah mendapat tempat di IPTA.
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dibuat secara 'on-line' mulai 23 Julai 2014 melalui alamat laman web seperti berikut:

Tarikh tutup:
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Ogos 2014
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan
  • Senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan dipaparkan melalui laman web seperti alamat tertera di atas yang dijangkakan pada 29 Ogos 2014.
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Yayasan Tenaga Nasional,
Aras 1, Blok BB,
Universiti Tenaga Nasional,
Jalan IKRAM-UNITEN,
43000 Kajang, Selangor.

Tel: 03-8924 7500
Faks: 03-8924 7501
E-mel: infoytn@tnb.com.my

Sumber: Berita Harian





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...