Ahad, 24 Ogos 2014

Program Pengajian Diploma, Pra Diploma dan Sijil Kemahiran Khas Politeknik Ambilan Disember 2014

 



Bidang Pengajian:

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petrokimia
  • Kejuruteraan Perkapalan
  • Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Perdagangan
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Reka Bentuk dan Komunikasi Visual
  • Agroteknologi dan Bio-Industri
  • Teknologi Makanan
  • Kemahiran Khas Politeknik
Penting:

Calon dinasihatkan membaca maklumat terperinci berkenaan syarat kemasukan dan senarai program, yang boleh diperolehi dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my

Kaedah Permohonan:
(Diploma & Pra Diploma)

  • Pembelian Nombor Unik ID (No.Pin) bagi Lepasan SPM/ Setaraf berharga RM10.60 di semua cawangan BSN melalui Perkhidmatan Kaunter atau Perkhidmatan Mesin ATM.
  • Permohonan secara dalam talian (online) di www.politeknik.edu.my  
  • Nombor Unik ID (No. PIN) yang dibeli pada sesi Jun 2014 masih sah digunapakai untuk membuat permohonan kemasukan ke Politeknik bagi sesi Disember 2014

Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Masalah Pendengaran)

Program Sijil yang ditawarkan:
1. Sijil Kemahiran (Awam Pembinaan)
2. Sijil Kemahiran (Penyenggaraan Mekanikal)
3. Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Pengurusan Hotel dan Katering)
4. Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekaan Fesyen & Pakaian)
5. Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekabentuk Grafik)

Syarat Kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Kategori bermasalah pendengaran
3. Menamatkan persekolahan Tingkatan 5 (Keutamaan yang memperoleh Sijil kemahiran Malaysia dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Kolej Vokasional) di Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Telah menduduki dan mendapat keputusan SPM tahun sebelumnya.

Kaedah Permohonan (Sijil Kemahiran Khas Politeknik - Masalah Pendengaran)
  • Pemohon dikehendaki mengisi dan melengkapkan borang permohonan manual yang boleh diperolehi daripada Bahagian Pendidikan Khas, KPM atau mana-mana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan hantarkan permohonan ke alamat berikut:
Pengarah 
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid)
Telefon: 03-8884 9186

Borang juga boleh dimuat turun melalui portal Bahagian Pendidikan Khas di www.moe.gov.my/bpkhas/v2  

Program Laluan Khas Pra Diploma Politeknik (Warga Felda Atau calon berbangsa India Sahaja)

Jurusan:
a. Pra Diploma Sains - 2 semester
b. Pra Diploma Perdagangan - 1 semester

Syarat Am:
  • Warganegara Malaysia 
  • Umur tidak melebihi 23 tahun ketika memohon
  • Sihat tubuh badan 
  • Pelajar daripada keluarga atau isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan
  • Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain.
Syarat Khas:
Lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian bagi mana-mana mata pelajaran serta memenuhi syarat minimum berikut:
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Lulus Matematik / Matematik Tambahan

Tarikh Penting:
Buka permohonan: 17 Ogos 2014 (Ahad)
Tutup permohonan:  29 September 2014 jam 12.00 tengahari
Semakan panggilan temuduga: 02 Oktober 2014  (Khamis)
Sesi temuduga: 14 - 15 Oktober 2014 (Selasa - Rabu)
Hebahan keputusan: 22 Oktober 2014 (Rabu)
Pendaftaran pelajar: 24 November 2014 (Isnin)

Pertanyaan Pengambilan:
03-8891 9240 / 9255 / 9256 / 9258 / 9259 /9263 / 9313

sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...