Jumaat, 22 Ogos 2014

Permohonan Tawaran Pinjaman (Ijazah Pertama) Kepada Pelajar Yang Melanjutkan Pelajaran Di Indonesia, Mesir Dan Jordan Bagi Tahun Akademik 2014/2015


YAYASAN KELANTAN DARULNAIM
Tingkat 5 Kompleks YAKIN, Jalan Gajah Mati,
15000 Kota Bharu, Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia rakyat Negeri Kelantan Darulnaim yang berkelayakan untuk mendapat pinjaman YAKIN bagi mengikuti kursus pengajian peringkat Ijazah Pertama di Indonesia, Mesir dan Jordan bagi sesi pengajian 2014/2015.

1. Syarat-syarat permohonan:
    A. Pelajar di Indonesia

  • Bagi pemohon-pemohon yang mengikuti kursus-kursus yang   diiktiraf oleh JPA di Indonesia, pertimbangan akan diberi kepada pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut:
           a. Telah diterima masuk untuk mengikuti kursus-kursus                        pengajian peringkat Ijazah Pertama bagi sesi 2014/2015
           b. Mendapat surat pengesahan Penempatan daripada                            Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia/ Konsul Malaysia
           c. Mendapat salinan pasport/ visa dan menyatakan tarikh                      mula-mula berada di Universiti Indonesia daripada                            Pengarah Penuntut Malaysia/ Konsul Malaysia.
   
   B. Pelajar di Mesir
  • Bagi pemohon-pemohon yang mengikuti kursus-kursus yang   diiktiraf oleh JPA di Mesir, pertimbangan akan diberi kepada pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut:
          a. Telah diterima masuk untuk mengikuti kursus-kursus                         pengajian peringkat Ijazah Pertama dan disahkan berada di               tahun tiga (3) atau tahun empat (4) pengajian sesi                             2014/2015.
          b. Mendapat surat pengesahan pengajian tahun 3 atau 4                         daripada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (untuk sesi                 2014/2015).
         c. Mendapat salinan pasport/ visa dan menyatakan tarikh                      mula-mula berada di Universiti Mesir daripada                                  Pengarah Penuntut Malaysia.

   C. Pelajar di Jordan
  • Bagi pemohon-pemohon yang mengikuti kursus-kursus yang   diiktiraf oleh JPA di Jordan, pertimbangan akan diberi kepada pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut:
         a. Telah diterima masuk untuk mengikuti kursus-kursus                        pengajian peringkat Ijazah Pertama dan disahkan berada di              tahun dua (2) dan keatas pengajian sesi 2014/2015.
        b. Mendapat surat tawaran/pengesahan Pengarah Jabatan                     Penuntut Malaysia (untuk sesi 2014/2015).
        c. Mendapat salinan pasport/ visa dan menyatakan tarikh                      mula-mula berada di Universiti Jordan daripada                                  Pengarah Penuntut Malaysia.

  D. Pelajar-pelajar Lepasan Institusi / Universiti Lain
  • Surat tawaran / pengesahan masuk di Indonesia
  • Surat tawaran / pengesahan masuk ke tahun 3 dan ke atas di Mesir
  • Surat tawaran / pengesahan masuk ke tahun 2 dan ke atas di Jordan
Syarat-syarat tambahan:
  • Lulus SPM dengan mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu
2. Kadar Pinjaman:
  • Universiti di Indonesia - RM 6000.00 setahun
  • Universiti di Mesir       - RM 4000.00 setahun
  • Universiti di Jordan      - RM 8000.00 setahun
3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan berikut:
  • sijil kelahiran
  • keputusan SPM
  • keputusan peperiksaan di universiti/institusi berkenaan
  • a) tahun pertama
  • b) tahun kedua/tahun ketiga (sesi 2013/2014)
  • Surat pengesahan pengajian daripada Jabatan Penuntut Malaysia / Konsul Malaysia / Pegawai Kebajikan Pelajar kelantan Sesi 2014 / 2015.
  • Salinan pasport
Catatan:
a. semua sijil-sijil/ dokumen di atas hendaklah disahkan
b. permohonan yang diterima lewat, tidak lengkap, tidak memenuhi syarat, borang fotostat dan tidak disertakan dengan sijil-sijil/ dokumen yang dikehendaki tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan dibuka pada 17 Ogos 2014, borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat YAKIN:
  • Pada / sebelum 15 September 2014 bagi pelajar lepasan universiti / institusi tempatan.
  • pada / sebelum 30 Oktober 2014 bagi pelajar di Indonesia, Mesir dan Jordan.
5. Hanya pemohon yang berjaya sahaja diberitahu.

6. Cara-cara memohon adalah seperti berikut:
  • permohonan hendaklah dibuat menerusi borang yang boleh didapati di pejabat YAKIN dengan harga RM2.00 secara tunai.
  • permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/ wang pos  (RM2.00) atas nama Kumpulan Wang Yayasan Kelantan Darulnaim dan sampul surat bersaiz  22cmx10cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00
  • Borang permohonan juga boleh didapati daripada Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Mesir di Wisma Sultan Muhammad V, Jalan Nasr Khesrou, Nasr City, Kaherah.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/ Institusi, sijil beranak dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang TELAH DISAHKAN dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut:

PENGARAH 
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN), TINGKAT 5,
KOMPLEKS YAKIN, JALAN GAJAH MATI, 15000 KOTA BHARU, KELANTAN

Untuk keterangan lanjut:
BAHAGIAN PINJAMAN, PELAJARAN DAN BANTUAN YAKIN
No. Tel: 09-748 3213 / 748 3870 / 744 6127
No. Faks: 09-744 9085  

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...