Ahad, 26 Mei 2013

Singgah Di Kedai Barangan Terpakai, Rengit


Hai semua, lama rasanya tak mencoret cerita-cerita di sini. Fuhhh, kali ini insyaallah akan mencoret lagi. Harap tak jemu ye.

Kali ini nak cerita tentang tempat menjual barangan terpakai di Rengit, Batu Pahat. Semalam, setelah ke majlis perkahwinan sahabatku, kereta terus meluncur laju ke Rengit. Melalui jalan Air Hitam dan terus ke Batu Pahat. Melalui Parit Botak, jalan kampung (mula-mula ingatkan sesat) terasa jauh sangat. Macam nak ke Pontian pun ada.

Tempatnya berhampiran dengan Pasar Awam Rengit. Macam gambar diatas, kedai tutup. Tapi bila jalan lagi akan jumpa kedai-kedai kayu seperti gambar di bawah.



Terdapat lebih daripada 5 buah gerai di situ. Kasut atau selipar perlu dibuka bila nak masuk ke kedai. Ada kedai yang agak teratur susunannya, ada yang agak berterabur.

Macam-macam barang ada. Dari pinggan mangkuk, kerusi meja, kipas angin, air-cond, novel, seterika, gitar yang putus dua talinya dan lain-lain. Selain dari aku dan mak yang berbaju kurung (baru balik dari majlis perkahwinan) rupanya ada juga yang sama macam kami ^_-

Kedai pertama yang aku singgah, ada 3 orang remaja yang asyik dengan video games. Aku tanya, nak tak nak saja jawabnya. Kedai yang seterusnya, layanan baik. Tapi tiada yang berkenan.

Di kedai yang seterusnya, masa menjamu mata, aku ternampak seterika jenama Tefal.

"berapa ni makcik?"
"RM45, boleh murah lagi"
"boleh test?"
"boleh" makcik itu tekan on dan menyesuaikan darjah kepanasan seterika. 
"yang ini macam mana nak guna?" aku terlihat banyak butang pada seterika itu. Makcik itu tekan-tekan butang tersebut (aku agak dia tak tahu macam mana nak guna)
"Macam mana nak isi air?"
Makcik itu tak jawab. Akhirnya aku cakap:
"Takpelah makcik, terima kasih"
"Lah, ko tak nak? Kalau tak nak jangan suruh test, bazir karen (elektrik) aku.

Makcik itu mula membebel semakin lama semakin kuat dan membuatkan pelanggan lain di kedainya kehairanan. Melihatkan makcik itu, terus kecut perutku. Kami terus keluar dari kedainya. Aku terus tak berminat nak ke kedai-kedai yang lain.

Dan akhirnya, kami pulang dengan tangan kosong~~




1 ulasan:

  1. Menjual bukan sekadar kata saya jual, ia perlukan ilmu dan kemahiran. Lepas tu marah pula bila kita tak nak beli ~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...