Isnin, 18 Mac 2013

Permohonan Program Diploma Eksekutif (Program Separuh Masa Untuk Warga Bekerja) Universiti Malaya


Program Diploma Eksekutif dibangunkan secara khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan golongan bekerja ke arah kemajuan kerjaya. Kurikulum yang dibangunkan oleh para pensyarah daripada pelbagai fakulti Universiti Malaya dan juga pengamal industri menekankan aspek teori dan praktikal bagi memenuhi keperluan golongan bekerja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.


Taklimat Percuma!
  • Pemohon yang berminat dijemput untuk menghadiri Sesi Taklimat Percuma yang akan diadakan seperti berikut:
    • Tarikh  : 06 April 2013 (Sabtu)
    • Masa    : 11 pagi 
    • Tempat: Auditorium Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
    • Tempat adalah terhad, sila sahkan kehadiran anda lebih awal.
Cara Memohon:

Permohonan perlu dibuat melalui borang permohonan yang disediakan dan boleh dimuat turun di sini

Semua rekod akademik dan dokumen sokongan yang dilampirkan bersama borang permohonan perlu disahkan benar.

Permohonan yang lengkap perlu ada:
  • borang permohonan yang lengkap diisi dan ditandatangani bersama foto berukuran pasport
  • borang maklumat perjawatan yang telah lengkap
  • salinan kad pengenalan/pasport
  • salinan SPM/MCE atau GCE 'O' Level atau lain-lain yang setaraf
Keperluan Tambahan:

Yuran pemprosesan sebanyak RM25 (Wang Pos/Kiriman Wang) atas nama UMCCed. Tidak dikembalikan.

Penghantaran borang:
Sila hantar borang permohonan, yuran pemprosesan dan dokumen berkaitan ke alamat berikut samada melalui serahan tangan atau pos:

Bahagian Pembangunan Perniagaan & Perhubungan Korporat,
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed),
Aras 7, Wisma R&D Universiti Malaya,
Jalan Pantai Baharu,
59990 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2246 3612/3604/3607/3606
HP Balqis: 019-359 5952
Iftitah: 019-386 8967
Shamsul: 012-524 7207

E-mel: umcced@um.edu.my


Tarikh tutup permohonan: 19 April 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...