Isnin, 18 Februari 2013

Permohonan Program Prauniversiti Di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2013/2014


Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka peluang kepada murid-murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk mengikuti Program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.

Permohonan adalah secara atas talian (on-line) bermula dari 04 Febuari hingga 31 Mac 2013. 

Tatacara Permohonan:
1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara 'on-line'   di web KPM www.moe.gov.my
2. Tarikh permohonan dibuka pada 04 Febuari hingga 31 Mac 2013
3. Mencetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan laporan jurulatih
4. Menghantar borang permohonan yang dilengkapkan beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

5. Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses

Syarat Permohonan:

Syarat-syarat Am:
  1. Mewakili negara/berpotensi mewakili negara
  2. Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia
  3. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan
  4. Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan
  5. Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan

Klik sini untuk aplikasi permohonan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...