Ahad, 24 Julai 2011

Demam Kilauan Emas




            Percaya atau tidak, abah aku adalah peminat nombor satu rancangan Akademi Fantasia. Masuk saja ke dalam rumah, mesti terpasang apa-apa saja berkaitan tentang rancangan itu. Tak kira sama ada Diari Akademi Fantasia, Konsert Akademi Fantasia, Trek Salebriti ke akan ditonton berulang-ulang.

            Selepas Akademi Fantasia melabuhkan tirainya, aku ingatkan akan sunyi sepi rumahku daripada pertandingan nyanyian. Rupanya patah tumbuh, hilang berganti. Rancangan terbaru yang digemari oleh abahku ialah Kilauan Emas di saluran Astro Prima. Pesertanya terdiri daripada umur 45 dan ke atas.

           Sebentar tadi, aku berpeluang menonton dengan abah rancangan kegemaran terbarunya. Yang menjadi hairannya, bukan sahaja abah, adik aku pun suka...adoi...hebat betul rancangan ini ^_^

2 ulasan:

  1. kat umah ciktom pun, ayah suka tengok kilauan emas...
    ciktom dtg jenguk entri ni ingatkan citer pasal kisah emas tadi..hihi

    BalasPadam
  2. cik tom: ayah kita sama cita rasa suka tengok kilauan emas!! hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...