Ahad, 5 Jun 2011

Roti Bakar Stesen Keretapi Kluang ~ Dalam Kenangan

           
Tiada lagi ayat "nak parking mana nih" kerana parking sentiasa penuh
*
            Tidak perlu lagi mata tajam macam mata helang yang perhatikan mana kerusi kosong, mana meja      kosong untuk duduk
*
            Tidak perlu lagi berebut kerusi dan meja
*
            Tidak perlu lagi berdiri diluar kafe sehingga berjam-jam untuk minum secawan teh o dan roti bakar
*
            Tiada lagi suasana hingar bingar
*
            Tiada lagi kipas besar macam dalam filem hindustan
*
            Tiada lagi bunyi keretapi berhenti di sebelah, melihat penumpang turun naik
*
            Tiada lagi pelayan menulis menu di atas cebisan kotak rokok
*
            Tidak lagi melihat roti bakar yang dibakar di atas arang
*
            Tidak lagi melihat uncle buat air panas menggunakan cerek muncung tajam
*
            Tidak lagi nampak suasana pelbagai bangsa duduk satu meja dan cakap bahasa melayu yang kadang-kadang berslanga (macam rojak)
*
            Tiada lagi kedengaran dari mulut abah dan mak "jom kita minum kat railway"
*
            Keluar dari mulut Adha semasa kami keluar menonton wayang "kita nak minum kat mana? kat sini dah tak boleh..."
*
            Apa yang lahir dari hatiku ~waaaa, sedih gila~
*
            ~Kafe Stesen Keretapi Kluang yang dibanggakan kini menjadi kenangan~
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...