Isnin, 10 Januari 2011

Pn. Ramlah Binti Salleh - Pengetua Humanistik

          
           Hari ini adalah hari bersejarah, di mana pengetua sekolah Pn. Ramlah Binti Salleh bersara dari perkhidmatannya. Tarikh sebenar ialah pada 01 Januari 2011, tetapi surat baru diterima 08 Januari 2011 yang lalu.

           Terdengar khabar-khabar angin tentang persaraannya tetapi hati masih buat tak tahu (buat bodoh saja) sehinggalah baru pagi tadi nampak depan mata, pengetua mengemas biliknya. Hati terasa sayu dan nak menangis sebenarnya tapi ditahan bila pengetua meminta gambar-gambar kenangan dimasukkan ke dalam pendrive-nya.    

          Mengimbas kembali sewaktu aku mula bekerja pada Januari 2009, pengetua adalah seorang yang bersifat humanistik - kemanusiaan yang terlalu tinggi. Tak dapat diluah dengan kata-kata betapa beliau seorang yang sangat mengambil berat (tak salah kalau dipanggil 'bonda'). Walaupun ada juga terdengar di sini sana tentang kelemahannya (yelah insan biasa kan) tapi aku berfikiran positif - fikirkan satu sahaja kebaikannya dan lupakan yang lain (kelemahannya).

           Aku selalu percaya, setiap kebaikan pasti dibalas kebaikan walaupun kadangkala balasan itu lambat datangnya. Kepada Pn. Ramlah Binti Salleh - Selamat Bersara - Semoga ALLAH memberkatimu. Amin

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...