Isnin, 12 April 2010

Sukan Sebagai Medium Perpaduan

            Sesuatu yang hebat di dalam acara sukan ialah semangat. Semangat yang akan memungkinkan segalanya termasuklah perpaduan. Siang tadi, apabila acara badminton berlangsung, kelihatan beberapa buah sekolah, khususnya sekolah yang mempunyai pelbagai kaum, begitu bersemangat hendak bertarung dan dari situ tercetuslah semangat perpaduan melalui semangat kesukanan.

            Sebagai contoh, 2 orang pemain beregu wanita, seorang berbangsa Melayu dan pasangannya berbangsa Cina. Untuk mencipta kemenangan, mereka perlulah mewujudkan keserasian antara mereka. Perasaan tolak ansur dan saling menyokong antara satu sama lain, pasti akan wujud. Itulah yang dimaksudkan dengan "sukan sebagai medium perpaduan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...