Jumaat, 23 April 2010

Hidup tanpa Kamera...

            First time beli kamera Canon, kamera lomografi yang guna filem tu kalau tak silap lah...RM 150 harganya. ok lah. Masuk Universiti, so boleh rakam gambar banyak-banyak. Duit pun keluar banyak untuk cuci gambar :)

            Bila masuk tahun 2008, tengah hangat di pasaran ialah kamera digital pula. Beli satu jenama Pentax Optio E40 8.1 Megapixels. Harga RM 500 semata-mata hendak merakamkan saat-saat indah di Langkawi. Sangat teruja menggunakannya, sungguh berbeza dengan kamera yang lama. Hari ini beli kamera, esok terus mendarat di Langkawi. Fuhhh, asyik betul merakamkan saat-saat percutian di Langkawi sehingga menggunakan sepenuhnya 1G memory card. Yang hebatnya kamera ini dari kamera sebelumnya ialah boleh petik saja gambar, dan kalau tak berkenan gambar  tu, boleh dibuang serta merta :)

            Pada 21 April, lawatan sekolah ke Petrosains, UIA dan juga Putrajaya. Sangat malang sebab kamera kesayanganku rosak tiba-tiba sahaja. TIADA SATU PUN GAMBAR DAPAT DIAMBIL DARIPADA KAMERA KU...Berita menyedihkan ini hanya disedari waktu pukul 9.00 malam hari sebelumnya. Bila ke kedai gambar, selidik kamera tu, kedai tak boleh nak buat apa kecuali hantar ke kilang dan kena bayar RM60 dahulu. Kemungkinan kalau kilang boleh sembuhkan kamera tu, kena dalam lingkungan RM200-RM300 lagi. Kesimpulannya, baik beli satu yang baru.

            Beli yang baru bukan susah...dengan duit, tapi saat-saat semalam tidak akan berulang lagi untuk dipetik semula dengan kamera yang baru. What a life without my camera! Masa akan sentiasa ke depan tanpa menoleh ke belakang walau sesaat pun...

        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...